Cari:
Sidang Taklimat KL: Operasi Mencari Diteruskan
2014-04-03 12:53:47 CRI Cetak

Kementerian Pengangkutan Malaysia malam semalam mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan Malaysia telah mengadakan mesyuarat tertutup selama lebih dua jam dengan keluarga penumpang China di Kuala Lumpur. Keluarga penumpang yang berada di Beijing turut mengikuti siaran langsung mesyuarat tersebut. Duta Khas Perdana Menteri Malaysia atas urusan China, Tan Sri Ong Ka Ting, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Malaysia, Datuk Azharuddin Abdul Rahman, Ketua Kumpulan Kerja Bersama Kerajaan China, Guo Shaochun dan Duta Besar China ke Malaysia, Huang Huikang turut menyertai mesyuarat tersebut.

Azharuddin menyatakan, Malaysia sedaya upaya mengumumkan maklumat yang sedia ada. Pihaknya bersama-sama penyiasat antarabangsa sedang mencuba kaedah baharu untuk mengenal pasti punca insiden itu. Beliau juga berjanji Malaysia terus berusaha menjalankan operasi mencari dan menyiasat.

Menurut kenyataan tersebut, pihak Malaysia mementingkan perkongsian maklumat dengan kerajaan, pakar dan keluarga penumpang China. Menteri Pertahanan merangkap Pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein yang sedang menyertai Mesyuarat Menteri Pertahanan AS-ASEAN semalam telah menghubungi Menteri Pertahanan Britain, Philip Hammond melalui telefon. Philip Hammond mengesahkan akan mengerahkan sebuah kapal selam kuasa nuklear ke kawasan perairan berkenaan untuk menyertai operasi mencari.

Lihat juga
berita lain
v Tragedi MH370: Hubungan Malaysia-China Tidak Terjejas 2014-03-31 12:44:34
v Pesawat China Temui Objek Terapung 2014-03-30 15:01:31
v MH370: China Perhebat Operasi Mencari 2014-03-28 15:33:13
v Misi Mencari Ditangguh 2014-03-27 15:47:23
v Wakil Khas China Jumpa Najib 2014-03-27 15:38:21
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China