Cari:
China dan Malaysia Sedia Tingkatkan Hubungan Dua Hala
2014-04-19 15:20:41 CRI Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah ditemui anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China yang juga Setiausaha Jawatankuasa Provinsi Guangdong Parti Komunis China, Hu Chunhua di Jabatan Perdana Menteri semalam.

Dalam pertemuan itu, Hu Chunhua menyatakan bahawa sejak hubungan diplomatik China-Malaysia dijalinkan pada 40 tahun yang lalu, hubungan dua hala berkembang dengan sihat dan stabil. Beliau berharap kedua-dua pihak mengambil peluang pembinaan jalan sutera laut abad ke-21 untuk mengintensifkan kerjasama dalam pelbagai bidang, meningkatkan pertukaran lawatan parti politik kedua-dua negara dan menggalakan perkembangan hubungan bilateral. Selain itu, China bersedia meneruskan kerjasama dengan Malaysia dalam usaha mencari pesawat MH370 yang hilang.

Perdana Menteri Najib menyatakan bahawa China adalah rakan yang paling dipercayai oleh Malaysia. Beliau mengucapkan terima khasih atas sokongan yang kuat China dalam operasi mencari kehilangan pesawat MH370. Beliau menganggap hubungan kedua-dua negara mempunyai asas yang kukuh, UMNO bersedia terus meningkatkan hubungan persahabatan dengan Parti Komunis China dan mengeratkan hubungan persahabatan rakyat kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China