Cari:
Duta Besar China Rakam Ucapan Terima Kasih Atas Usaha Malaysia
2014-04-03 15:38:27 CRI Cetak

Duta Besar China ke Malaysia, Huang Huikang semalam mengadakan sidang taklimat untuk 14 buah media Malaysia, termasuk BERNAMA dan RTM.

Huang Huikang memaklumkan operasi mencari oleh China, keadaan lawatan Timbalan Menteri Luar Malaysia Datuk Hamzah Zainudin ke China, sidang taklimat teknikal pihak Malaysia untuk keluarga penumpang China selain merakamkan ucapan terima kasih atas usaha Malaysia setakat ini.

Menurut beliau, China dan Malaysia saling mempercayai dan telah menjalankan kerjasama yang tulus. China akan mengekalkan komunikasi dan kerjasama rapat dengan Malaysia dalam operasi pencarian, penyiasatan dan perkhidmatan untuk keluarga penumpang, menggalakkan penyelesaian sempurna insiden ini serta perkembangan sihat dan stabil hubungan bilateral.

Huang Huikang juga menjawab pertanyaan media mengenai kerja China selanjutnya, termasuk permintaan keluarga penumpang China dan hubungan China-Malaysia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China