Kapal Perang Australia "Ocean Shield"
Menurut kenyataan Pusat Koordinasi Agensi Bersama(JACC) Australia semalam, kapal perang Australia "Ocean Shield" telah kembali ke kawasan perairan berkenaan kelmarin untuk meneruskan misi pencarian kapal MH370 yang hilang.
Menurut kenyataan itu, kenderaan dalam air automatik(AUV) Bluefin-21 telah diambil balik berikutan masalah telekomunikasi selepas menjalankan kerja selama dua jam di dasar laut pada petang hari itu.
Menurut kenyataan itu lagi, sekarang kapal perang dari Australia, China dan Malaysia serta sebuah pesawat Australia masih bersiap sedia di kawasan perairan. Belanja usaha mencari antarabangsa sekarang ditanggung bersama-sama oleh Australia, China, Malaysia dan AS. Selain itu, JACC telah dipindah dari Perth ke Canberra.