Cari:
Dokumen Mengenai Kapal MH370 akan Diserahkan kepada Kabinet Malaysia
2014-05-13 13:46:20 CRI Cetak

Kementerian Pengangkutan bersama-sama dengan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Luar Malaysia akan menyerahkan dokumen mengenai kapal MH370 yang hilang kepada Kabinet esok. Demikian dinyatakan oleh Menteri Pertahanan merangkap Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Hishamuddin Hussein di Kuala Lumpur kelmarin.

Menurut beliau, dokumen itu mengandungi hasil mesyuarat peringkat menteri dan mesyuarat pegawai kanan Australia, Malaysia dan China serta cadangan baharu bagi kerja selanjut, termasuk membincang dan menganalisis data daripada Syarikat telekomunikasi satelit Britain(Inmarsat), kerja pengukuran dan pemetaan terhadap dasar laut di selatan Lautan Hindi serta mengaturkan semula sumber profesional yang digunakan dalam misi pencarian.

Ketika mengulas isu mengenai keluarga mangsa yang menuntut lebih banyak maklumat, Hishamuddin Hussein berkata, maklumat yang boleh diumumkan seharusnya diputuskan oleh kumpulan peninjau pakar antarabangsa, kerana terdapat maklumat yang mungkin menimbulkan spekulasi umum hingga menyebabkan kesan buruk.

Lihat juga
berita lain
v Misi Kedua Pencarian MH370 Bermula 2014-05-12 10:52:48
v MH370: Perancis Lancar Siasatan 2014-05-10 14:12:07
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China