Serpihan bangkai pesawat MH17 di kawasan timur Ukraine.
Sebuah pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines (MAS) dengan membawa 295 orang penumpang dan anak kapal terhempas di timur Ukraine yang berdekatan dengan Rusia pada 17 Julai waktu tempatan. Dimaklumkan agensi berita ITAR-Tass, antara penumpang di pesawat tersebut termasuk 71 warga Belanda, 23 warga Amerika Syarikat, 9 dari Britain dan 4 lagi Perancis. Menurut Stesen Televisyen Rusia lagi, kerajaan Ukraine sedang mengadakan rundingan gencatan senjata kemanusiaan dengan kumpulan bersenjata untuk memastikan siasatan tragedi berkenaan dilaksanakan.