Cari:
Tiga Calon Naib Presiden Myanmar Diumumkan
2016-03-12 15:12:59 CRI Cetak

Dewan Rakyat dan Dewan Kebangsaan Parlimen Persekutuan Myanmar semalam memilih U Htin Kyaw dan U Henry Van Htee Yu dari Parti Liga Demokratik Kebangsaan (NLD) sebagai calon naib presiden. Pasukan tentera seterusnya memilih Gabenor provinsi Yangon, U Myint Swe sebagai calon naib presiden. Menurut perlembagaan Myanmar, salah seorang daripada tiga calon tersebut akan dipilih sebagai presiden. Dua calon yang lain akan dilantik sebagai naib presiden.

Parlimen persekutuan akan membuat undian memilih presiden baharu pada 18 Mac ini. Menurut analisis media, tak syak lagi bahawa U Htin Kyaw berkemungkinan besar dipilih sebagai presiden.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China