Cari:
Parlimen Baharu Myanmar Tubuh Semula Jawatankuasa RUU
2016-02-05 16:30:43 CRI Cetak

Dewan Rakyat dan Dewan Para Bangsa Myanmar semalam mengadakan mesyuarat untuk menubuhkan semula Jawatankuasa Rang Undang-undang (RUU) dan Jawatankuasa Akaun Awam.

Sidang pertama Parlimen baharu yang terdiri daripada kedua-dua dewan tersebut akan diadakan pada 8 Februari ini.

Jawatankuasa RUU merupakan badan yang penting bagi Parlimen Myanmar.

Jawatankuasa tersebut bertanggungjawab untuk mengemukakan rang undang-undang kepada Parlimen untuk dibahaskan.

Ahli Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD), U Zaw Min Win dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa RUU Dewan Para Bangsa, manakala seorang lagi ahli NLD telah mengisi jawatan Pengerusi Jawatankuasa RUU Dewan Rakyat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China