China menderma sejumlah barang tenaga elektrik kepada Myanmar semalam bagi pembangunan semula kemudahan tenaga elektrik pasca bencana banjir di negara itu.
Bencana banjir yang melanda Myanmar pada Julai tahun yang lalu telah merosakkan secara serius kemudahan tenaga elektrik di negara itu. Kementerian Tenaga Elektrik Myanmar telah mengirim surat kepada Jabatan Pentadbiran Sumber Tenaga China untuk meminta bantuan. Menteri Tenaga Elektrik Myanmar yang menghadiri upacara penyerahan barang bantuan tersebut di Naypyitaw berkata, hubungan persahabatan antara kedua-dua negara sudah begitu lama dan akan diperkukuh lagi pada masa akan datang. Pihaknya akan berusaha menggunakan dengan baik barang bantuan China bagi pembinaan semula kemudahan tenaga elektrik.