Cari:
China Sokong Mekanisme Kerjasama Antidadah GMS
2016-04-21 15:04:32 CRI Cetak

Ahli Dewan Negara merangkap Ketua Jawatankuasa Antidadah Negara dan Menteri Keselamatan Awam China, Guo Shengkun telah menghadiri Perhimpunan Agung Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Dadah (UNGASS) bagi membincangkan mekanisme kerjasama antidadah subkawasan Sungai Mekong (GMS) di New York pada 19 April lalu, yang turut disertai wakil dari Kemboja, Laos, Myanmar, Thailand dan Vietnam.

Guo memuji peranan penting mekanisme kerjasama antidadah yang sudah wujud selama lebih 20 tahun di subkawasan Sungai Mekong.

Menurut beliau, mekanisme tersebut menjadi contoh dan platform terbaik dalam usaha membanteras dadah di rantau tersebut.

Pihaknya akan terus memperkasakan kerjasama pragmatik dengan PBB serta menyediakan sokongan dari segi dana dan teknik kepada negara-negara anggota yang terbabit.

Lihat juga
berita lain
v Mesyuarat GMS Tingkatkan Kesalinghubungan Serantau 2014-12-21 14:56:56
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China