Cari:
Rakyat China Hidup dan Bekerja di Laut China Selatan sejak Dahulukala
2016-05-05 17:34:40 CRI Cetak

Rakyat China bekerja dan menetap di Laut China Selatan sejak zaman Dinasti Han (202SM-220).

Buku Xiangbeijing yang dihasilkan oleh Zhu Zhong menyebut, siput di Laut China Selatan seperti habuk mutiara.

Terdapat catatan dalam buku Benda-Benda Aneh, yang ditulis oleh Yang Fu pada era Dinasti Han, tentang penyu dan kulit penyu yang terdapat di Laut China Selatan.

Menurut catatan Guangzhou pada era Dinasti Jin (266-420), terdapat kawasan batu karang sejauh 250 kilometer di selatan kaunti Dongguan.

Nelayan menangkap ikan di kawasan itu dan menemukan pelbagai batu karang.

Ketika air pasang di Jiaozhou akan kelihatan batu karang di dasar laut.

Penduduk mengambil batu karang itu dengan menggunakan jaring besi.

Catatan dalam buku Rumput dan Benda-Benda di Selatan yang dihasilkan oleh Xu Zhong pada era Dinasti Jin Timur (317-420) pula menyebut, mutiara sebesar 10 sentimeter muncul di permukaan laut semasa air pasang.

Catatan itu juga menjelaskan secara terperinci aktiviti mengumpul mutiara oleh para nelayan China di Laut China Selatan.

Catatan-catatan tersebut membuktikan bahawa penduduk China sudah mengetahui hasil-hasil laut yang terdapat di Laut China Selatan sejak zaman dahulu.

Menurut karya Mengxibitan yang dihasilkan oleh Shen Kuo, seorang pegawai Dinasti Song Utara (960-1127), terdapat sejenis kima di Laut China Selatan.

Ahli geografi pada era Dinasti Song Selatan (1127-1279), Zhou Qufei dalam karyanya Lingwaidaida telah mencatat dengan terperinci kegiatan pengumpulan dan pemprosesan kima tersebut.

Pada era Dinasti Song (960-1279), penerokaan terhadap hidupan laut yang dilakukan oleh penduduk China di Laut China Selatan sudah mencapai tahap yang tinggi.

Dalam tempoh masa yang panjang, nelayan dari pelbagai kawasan di pesisir laut China telah menangkap ikan dan menjalankan penerokaan di Laut China Selatan.

Kawasan perairan Laut China Selatan termasuk kawasan perairan Kepulauan Nansha merupakan kawasan penangkapan ikan oleh nelayan China.

Nelayan China belayar dengan mengikut arah monsun untuk menangkap ikan di Laut China Selatan.

Mereka berpangkalan di pulau dan terumbu kawasan perairan tersebut.

Menurut kajian purba baru-baru ini, terdapat sejumlah besar perkakas harian seperti tembikar, pisau besi, periuk serta tapak kediaman pada zaman Dinasti Tang (618-907) dan Dinasti Song di Kepulauan Xisha dan Nansha.

Buku Genglubu pada zaman Dinasti Ming (1368-1644) dan Dinasti Qing (1616-1912) ada mencatat nelayan China belayar dari Pelabuhan Qinglan di bandar Wenchang dan Pelabuhan Tanmen di bandar Qionghai provinsi Hainan menuju ke beberapa pulau dan terumbu di Kepulauan Xisha dan Nansha.

Mereka menangkap ikan dan menjalankan aktiviti pertanian di kawasan tersebut. Buku tersebut turut menjelaskan arah dan tujuan pelayaran mereka.

Menurut buku geografi Yazhouzhi, "Yudizhi ke-2" yang disunting oleh Zhang Xie, Xing Dinglun dan Zhao Yiqian pada zaman Dinasti Qing turut merakamkan sejumlah bot nelayan yang diperbuat daripada kayu yang kuat dan berat tetapi bukan kayu pokok cemara yang biasa ditanam di pulau-pulau di pesisir Qiongzhou.

Ketika musim menangkap ikan, bot-bot nelayan itu akan keluar untuk menangkap ikan selama dua bulan.

Nelayan selalu belayar sejauh tujuh hingga lapan batu nautika dari pulau untuk menangkap penyu, timun laut dan sirip yu.

Nelayan tersebut selalu menangkap ikan di kawasan yang airnya lebih cetek, iaitu di timur dan barat laut China.

Mereka biasanya menangkap ikan pada bulan Mac. Kapal-kapal tersebut membawa air tawar yang cukup dan belayar ke Jawa. Ketika awal bulan Jun, bot nelayan pulang ke tanah air dengan membawa sejumlah besar hasil laut.

Pada peralihan dari abad ke-15 ke abad ke-16, nelayan dari Hainan China menangkap ikan, membina rumah dan menjalankan aktiviti pertanian di pulau-pulau sekitar Laut China Selatan.

Menurut catatan Qiongtaiwaiji yang dikarang oleh pegawai Dinasti Ming, Wang Zuo, ketika dilanda taufan, air pasang telah memusnahkan rumah dan kawasan pertanian.

Masih terdapat bukti kewujudan nelayan China pada zaman pemerintahan Dinasti Ming dan Dinasti Qing seperti tokong, perigi dan kubur di pulau-pulau sekitar Laut China Selatan.

Pada zaman itu, sejumlah besar nelayan China menangkap ikan di Laut China Selatan.

Bermula pada awal abad ke-19, sejumlah hasil laut yang ditangkap oleh nelayan China di kawasan perairan Kepulauan Nansha telah dijual di Singapura.

Pada awal abad ke-20, siput dan tahi burung yang terdapat di Laut China Selatan telah menjadi bahan mentah yang penting bagi industri kimia dan penerbangan.

Pedagang China memproses siput dan kemudian menjual siput-siput tersebut di Kepulauan Nansha. Selepas itu, siput-siput tersebut dibawa pula ke Singapura pada tahun 1910.

Pada zaman pemerintahan Kuomintang, pedagang China telah mendapat keizinan daripada kerajaan untuk memproses tahi burung dan menjalankan pentadbiran mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Laut China Selatan seumpama rumah kepada rakyat China. Nelayan China telah menetap dan bekerja di kawasan perairan tersebut sejak turun-temurun.

Perkaitan antara rakyat China dengan Laut China sememangnya erat. Semoga kemesraan dan kecintaan rakyat China terhadap Laut China Selatan akan terus membawa keharmonian.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China