Presiden Filipina, Rodrigo Duterte semalam sekali lagi mengutuk Duta Besar Amerika Syarikat (AS), Philip Goldberg kerana campur tangan dalam urusan dalaman negaranya.
Tegas beliau, tindakan Goldberg semasa kempen pilihan raya Filipina yang lalu adalah "tidak wajar".
Dalam tempoh kempen pilihan raya Filipina pada April lalu, Goldberg pernah menuduh Duterte berhubung dengan isu hak asasi manusia. Sejak itu, kedua-dua pihak saling bertikam lidah dan Duterte turut mengugut akan memutuskan hubungan diplomatik dengan AS setelah beliau dilantik sebagai Presiden.