Cari:
Singapura Turunkan Unjuran Ekonomi 2016
2016-08-12 16:11:07 CRI Cetak

Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) Singapura semalam mengumumkan, unjuran pertumbuhan ekonomi bagi negara itu pada tahun 2016 diturunkan kepada satu hingga dua peratus, berbanding dengan unjuran sebelum ini, iaitu satu hingga tiga peratus.

MTI turut mengeluarkan perangkaan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi suku tahun kedua, yang menunjukkan ekonomi Singapura tumbuh 2.1 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu.

KDNK bagi April hingga Jun pula meningkat 0.3 peratus berbanding dengan pertumbuhan hambar 0.1 peratus pada tiga bulan sebelumnya.

Menurut MTI, persekitaran ekonomi global yang tidak menentu, risiko ke bawah yang terus meningkat dan pengunduran Britain dari Kesatuan Eropah (EU) adalah antara punca utama Singapura menurunkan unjuran ekonomi pada tahun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China