Percubaan kumpulan pengganas Daesh melancarkan serangan di kelab-kelab malam di Johor Bahru, Johor baru-baru ini digagalkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ini susulan penemuan sebutir bom tangan jenis M67 yang disembunyikan di sebuah rumah di Rengit, Johor.
Selain itu, Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman turut menahan sembilan orang suspek termasuk tiga bekas anggota tentera warga Asia Barat yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pengganas Daesh.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, dua daripada suspek yang ditahan iaitu Jasanizam Rosni, 33, dan Md. Saifuddin Muji, 28, sebelum ini dikehendaki polis kerana bersubahat dalam pengeboman di kelab malam Movida, Puchong pada 28 Jun lalu.
Mereka ditahan dalam satu operasi khas di sebuah pondok di kawasan berbukit di Kuala Krai, Kelantan, pada 9 Ogos lalu.
(sumber Utusan Malaysia)