Cari:
Kapal Induk AS akan Lawat Vietnam
2017-08-10 14:50:45 CRI Cetak

Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), James Mattis ditemui rakan sejawatnya dari Vietnam, Ngo Xuan Lich yang dalam rangka lawatan ke AS kelmarin. Susulan itu, Pentagon mengumumkan akan menghantar sebuah kapal induk untuk melawat ke Vietnam tahun depan. Ini merupakan kali pertama kapal induk AS melawat ke negara itu selepas Perang Vietnam berakhir pada tahun 1975.

Bagaimanapun, jadual lawatan kapal itu dan kemungkinan kedua-dua negara mengadakan latihan bersama belum diketahui.

Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Xuan Phuc ketika melawat White House pada Mei lalu telah mengadakan perbincangan dengan Presiden Donald Trump tentang lawatan kapal induk ini.

Menurut Pentagon, Mattis dan Ngo Xuan Lich telah membincangkan hubungan pertahanan kedua-dua negara dan cabaran keselamatan serantau. Mereka turut menyataan kesediaan untuk meningkatkan kerjasama tentera laut dan perkongsian maklumat risikan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China