Forum kumpulan pemikir yang bertemakan kerjasama China-Vietnam dalam rangka Kongres Kebangsaan ke-19 Parti Komunis China (PKC) dan APEC telah diadakan di Hanoi semalam.
Lebih 30 orang pakar dan sarjana dari kedua-dua negara mengadakan perbincangan mengenai hasil kongres PKC tersebut, hubungan antara China dengan Vietnam, serta kerjasama antara kedua-dua negara dalam rangka APEC.
Naib Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Dewan Negara China, Guo Weimin menyatakan, forum kali ini amat bermakna kerana diadakan menjelang lawatan Xi Jinping ke Vietnam. Beliau berharap para pakar menyumbangkan kebijaksanaan mereka bagi memperkasakan perkongsian strategik kedua-dua negara serta memelihara kedamaian, kestabilan dan pembangunan di rantau Asia Pasifik.