Presiden Vietnam, Tran Dai Quang akan melawat China pada 11 hingga 15 Mei ini serta menghadiri Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa Inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).
Jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang semalam menyatakan, China bersedia mengukuhkan dan mengembangkan perkongsian strategik dengan Vietnam demi kepentingan bersama.
Beliau menyanjung tinggi momentum perkembangan hubungan kedua-dua negara pada masa ini, di samping menyatakan bahawa kerjasama yang semakin mendalam antara China dengan Vietnam telah memberikan manfaat yang besar kepada rakyat kedua-dua negara.