Rondaan bersama polis marin China dan Vietnam kali kedua di kawasan perikanan bersama Teluk Beibu bagi tahun 2016 berakhir semalam.
Walaupun dilanda cuaca buruk dan ombak yang kuat, namun pihak polis kedua-dua negara tetap bertekad untuk menjayakan operasi berkenaan.
Menurut pegawai polis marin China, operasi tersebut merupakan kali pertama polis marin kedua-dua negara mengadakan dua kali rondaan bersama dalam tempoh setahun, di samping pertama kali menjalankan operasi mencari dan menyelamat.