Vietnam menjalankan siasatan antilambakan terhadap keluli bentuk H yang diimport dari China baru-baru ini.
Pegawai dari Kementerian Perdagangan China berkata, tindakan Vietnam tersebut menjejaskan hubungan ekonomi dan perdagangan bilateral kedua-dua pihak.
Menurut beliau, Vietnam telah mengambil pelbagai langkah remedi perdagangan ke atas produk-produk jenis besi dan keluli yang diimport dari China baru-baru ini. Pihaknya memberikan perhatian yang serius terhadap hal tersebut.
Besi dan keluli China memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi dan pembinaan infrastruktur di Vietnam dalam jangka masa panjang.
Vietnam diharap berhati-hati dan mengawal tindakan serta menggunakan peraturan remedi perdagangan menurut standard.