Cari:
China Bantu Vietnam Cari Pesawat yang Hilang
2016-06-18 15:44:39 CRI Cetak

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying semalam berkata, sebuah jet pejuang Sukhoi Su-30 angkatan udara Vietnam, beserta seorang juruterbangnya hilang di kawasan perairan Teluk Beibu pada 14 Jun yang lalu. Kemudian, pesawat mencari dan menyelamat (SAR) Vietnam pula terhempas ketika menjalankan operasi pada tengah hari 16 Jun yang lalu. Sembilan anggota SAR dalam pesawat itu hilang. Kementerian Pertahanan Vietnam telah memaklumkan keadaan yang berkenaan kepada Kedutaan Besar China dan meminta kerjasama China dalam operasi SAR.

Hua berkata, pihaknya memberikan perhatian yang tinggi tentang nahas kali ini. Sembilan kapal China telah dikerah ke kawasan berkenaan untuk menjalankan operasi SAR.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China