Pameran Vietnam sebagai sebahagian Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-13 diadakan di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Hanoi, Vietnam pada 16 hingga 18 Jun ini.
Timbalan Setiausaha Agung Sekretariat CAEXPO, Yang Yanyan dalam sidang media berkata, pameran kali ini merupakan anjuran bersama China dan Vietnam dan bertujuan untuk menaiktarafkan CAEXPO dan meningkatkan fungsi perkhidmatan.
Pameran kali ini juga menyediakan peluang yang baik kepada syarikat Vietnam untuk membeli barang-barang yang berkualiti dari China.
Naib Ketua Pengarah Biro Penggalakan Perdagangan Kementerian Industri dan Perdagangan Vietnam, Ta Hoang Linh pula berkata, pameran yang diadakan pada ulang tahun ke-25 terjalinnya hubungan dialog China-ASEAN itu, akan memperkasakan pertukaran ekonomi dan perdagangan serta kerjasama bilateral kedua-dua negara.