Cari:
China Sedia Tingkatkan Kerjasama Ekonomi dengan Vietnam
2015-04-09 13:12:12 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang ditemui Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, Nguyen Phu Trọng di Beijing petang semalam.

Li berkata, China dan Vietnam akan menubuhkan kumpulan kerja maritim, darat dan kerjasama kewangan yang bermanfaat bagi membina situasi saling bekerjasama dan saling menyelaras bentuk baharu. China bersedia untuk meningkatkan kerjasama pelbagai hala dengan Vietnam dalam bidang ekonomi dan mengadakan kerjasama pragmatik di kawasan aliran Sungai Mekong dan Pan-Teluk Beibu agar dapat memberikan faedah kepada rakyat kedua-dua negara dan rantau ini.

Nguyen Phu Trọng pula berkata, pihaknya bersedia untuk meningkatkan perbincangan dan rundingan dengan China mengenai masalah maritim berasaskan perjanjian dan kata sepakat yang tercapai supaya kedamaian dan kestabilan serantau terus terpelihara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China