Rundingan pusingan ke-4 kumpulan perunding pembangunan bersama maritim China-Vietnam diadakan di Da Nang, Vietnam pada 13 hingga 14 Mac lalu.
Kedua-dua pihak bertukar-tukar pendapat secara mendalam, dan bersetuju meneruskan usaha untuk menggalakkan kemajuan dalam pembangunan bersama maritim berdasarkan kata sepakat penting yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara serta Perjanjian Prinsip Asas untuk Membimbing Penyelesaian Isu Maritim.