Cari:
Nguyen Phu Trọng Lawat Zhejiang, China
2017-01-16 15:16:37 CRI Cetak

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, Nguyen Phu Trọng telah mengunjungi provinsi Zhejiang, China pada 14 hingga 15 Januari lalu.

Antara aktiviti beliau di provinsi berkenaan termasuklah melawat ke Qinghefang, kawasan membeli-belah yang juga peninggalan bersejarah, Tasik Barat yang indah, temu mesra dengan perwakilan usahawan tempatan serta membuat tinjauan di syarikat-syarikat swasta.

Menurut Phu Trong, Vietnam mempunyai hubungan yang baik dengan pelbagai provinsi di China.

Dalam tempoh lawatan kali ini, kedua-dua pihak bersetuju untuk memperkasakan kerjasama antara satu sama lain.

Beliau berharap provinsi Zhejiang terus memainkan peranan yang penting dalam kerjasama bilateral antara kedua-dua negara.

Setakat ini, terdapat hampir 186 syarikat Zhejiang telah melabur di Vietnam.

Jumlah perdagangan antara Zhejiang dengan Vietnam mencecah USD6.16 bilion (RM27.5 bilion) pada 11 bulan pertama tahun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China