Naib Pengarah Jabatan Antipenyeludupan Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, China, Huang Huansheng semalam berkata, pihaknya telah mencapai kata sepakat dengan empat wilayah di Vietnam untuk membanteras jenayah penyeludupan di kawasan sempadan kedua-dua negara.
Guangxi akan terus memperkasakan kerjasama rentas sempadan serta membina mekanisme untuk membasmi penyeludupan di kawasan sempadan dengan Vietnam.