Pejabat Konsul China di Siem Reap, Kemboja mula beroperasi semalam, sesudah upacara perasmian yang dihadiri lebih 300 tokoh dari kedua-dua negara.
Duta Besar China ke Kemboja, Xiong Bo berkata, pembukaan pejabat konsul tersebut merupakan hasil penting lawatan Presiden Xi Jinping ke Kemboja tahun lalu. Penubuhannya memperlihatkan tahap keprihatinan kerajaan China terhadap hubungan dengan Kemboja, serta perkembangan baharu kerjasama yang saling menguntungkan dalam pelbagai bidang.
Selain itu, adanya pejabat tersebut akan memperkasakan pertukaran dan kerjasama antara China dengan bahagian barat laut Kemboja khususnya dalam bidang ekonomi, perdagangan, pelaburan, pelancongan, sosiobudaya dan kerjasama setempat, di samping memperkukuh ikatan persahabatan antara kedua-dua negara.