Menurut jabatan statistik Vietnam, jumlah pelancong dari China ke negara itu pada tahun ini melebihi 4 juta, bertambah 48.6% berbanding tahun lalu.
Jumlah pelancong dari Korea Selatan meningkat paling besar, iaitu 56.4%.
Peningkatan ini susulan penganjuran sidang kemuncak APEC di Vietnam serta jerayawara dan pameran antarabangsa di China, Australia, Jepun, Eropah dan negara Asia Tenggara lain.
Dasar bebas visa yang ditawarkan kepada pelancong dari beberapa negara Eropah Barat turut menyumbang kepada pertumbuhan sektor pelancongan Vietnam.