Seorang pegawai dari Kementerian Maklumat dan Media Vietnam semalam berkata, jika Daniel Hauer, guru Amerika Syarikat (AS) yang menyinggung Panglima VO Nguyen-giap yang juga bekas pemimpin Vietnam, tidak menyatakan kesal secara ikhlas, dia akan dikenakan denda dan langkah-langkah berkenaan.
Daniel Hauer menyinggung VO Nguyen-giap dengan menggunakan perkataan yang bersifat menghina dalam Facebook di Hanoi pada 25 Januari yang lalu. Kelakunya menimbulkan ketidakpuasan yang tegas daripada pengguna internet di negara itu. Beberapa pusat pelajaran bahasa Inggeris yang mengupah Daniel Hauer telah menghentikan pelaksanaan kontrak dengannya.








