Bank Pusat Filipina semalam melancarkan bon panda dengan tempoh sah laku tiga tahun bernilai RMB1.46 bilion (RM5.7 bilion) di pasaran China.
Menurut bank itu, permohonan untuk membeli bon tersebut pada sepanjang hari semalam melibatkan modal berjumlah RMB9.22 bilion, iaitu enam kali ganda nilai tawaran.
Kadar faedah tahunan bon itu ditetapkan pada 5%.
Bank China, iaitu penaja jamin bon itu berkata, Filipina merupakan negara pertama di Asia Tenggara yang melancarkan bon panda.
Bon panda merupakan bon mata wang RMB yang dilancarkan oleh institusi kewangan asing dan multilateral dari seberang laut di pasaran China. Mengikut kelaziman, bon seumpama itu akan dinamakan sempena maskot yang bercirikan negara berkenaan.