Pelajaran 1 Bertegur Sapa

 Hubungi CRI
 

  • Helo.
    Terdapat pelbagai cara untuk mengucapkan helo dalam bahasa Mandarin. Yang sering digunakan ialah ni2 hao3. ni3 bermakna "kamu". Hao3 bermakna "baik". ni2 hao3, "Apa khabar". Ni2 hao3 boleh digunakan kepada sesiapa saja, di mana-mana tempat dan pada bila-bila masa.Jadi, apakah yang harus saudara jawab apabila seseorang mengucapkan "ni2 hao3" kepada saudara? Mudah sekali. Saudara juga membalas dengan ucapan "ni2 hao3".

  • Siapa nama saudara?
    Selepas mengucapkan helo, saudara mungkin ingin tanya nama orang itu. Saudara boleh tanyakan begini: ni3 jiao4 shen2me ming2zi?
    "ni3","kamu"; "jiao4", bermaksud "digelar";" shen2me" bermaksud "apa"; "míng2zi4", "nama". "ni3 jiao4 shen2me ming2zi?" yang bermaksud "Siapa nama saudara?"
    saudara boleh langsung menjawab nama saudara, atau menambah "wo3 jiao4" sebelum menyebut nama saudara.

  • Ini kad nama saya.
    Sekarang di China, orang biasanya akan bertukar-tukar kad nama antara satu sama lain apabila mereka berjumpa buat pertama kalinya. Saudara boleh berkata "zhe4 shi4 wo3 de ming2 pian4" apabila menghulurkan kad nama
    "zhe4" bermaksud "ini".
    "shi4" bermaksud "ialah".
    "wo3de" bermaksud "yang saya punya".
    "zhe4 shi4 wo3de", "ini yang saya punya".
    "ming2pian4","kad nama".
    zhe4 shi4 wo3de ming2pian4. Ini kad nama saya.

  • Sudah lama tak berjumpa.
    Jika dua orang sudah lama tidak berjumpa antara satu sama lain, orang China sering mengucapkan "hao3jiu3 bu2 jian4"."hao2jiu3","sudah lama";"bu4", "tidak" ; "jian4", "berjumpa".