Pelajaran 1 Bertegur Sapa

 Hubungi CRI
 

Saudara mungkin sudah mendapati bahawa ada orang menggunakan 您好 (nin2 hao3) apabila bertegur sapa dengan orang lain. Jadi, apakah bezanya antara 您好 (nin2 hao3) dengan 你好 (ni2 hao3)? 您 (nin2) ialah kata sopan bagi 你 (ni3). Biasanya, 你好 (ni2 hao3) digunakan apabila saudara bertegur sapa dengan orang yang sebaya atau sama pangkat dengan saudara. Manakala, apabila saudara bertemu dengan orang yang umurnya lebih tua daripada saudara atau tetamu hormat, saudara boleh menggunakan 您好 (nin2 hao3).