Kes Tembakan di AS Ragut 21 Nyawa

2022-05-25 12:05:09  CRI
Share with:

Kes tembakan berlaku di Sekolah Rendah Rob bandar Uvalde, Texas Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, menyebabkan 18 kanak-kanak dan tiga dewasa terbunuh. 

Polis tempatan memberitahu angka kematian itu tidak termasuk pembunuh terbabit.

Menurut statistik CNN, kes tersebut merupakan kes tembakan ke-30 yang berlaku di tadika dan sekolah rendah di negara itu pada tahun ini.

Sekiranya termasuk kes tembakan di kampus universiti, ini merupakan sekurang-kurangnya kes tembakan ke-39. Kes-kes tembakan sebelum ini telah meragut 10 nyawa dan 51 lagi cedera.