UNHRC Lulus Lagi Resolusi Anti-Rasisme

2022-10-10 16:08:25  CRI
Share with:

Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) pada Jumaat lalu meluluskan resolusi diserahkan negara-negara Afrika mengenai tindakan konkrit dalam memerangi amalan perkauman, xenofobia dan sikap tidak bertoleransi yang berkaitan.

Ini adalah kali kedua UNHRC meluluskan resolusi anti-rasisme sejak berlakunya tragedi kematian George Floyd, seorang warga kulit hitam keturunan Afrika yang dibunuh akibat tindakan kejam polis Amerika Syarikat (AS) pada 2020.

Wakil China menyatakan, China sentiasa menyokong dialog dan komunikasi antara kaum dan budaya berbeza, tanpa keangkuhan dan prasangka.

Wakil itu menyeru supaya punca berlakunya amalan rasisme antaranya kemiskinan, marginalisasi, pengecualian sosial dan jurang ekonomi dihapuskan dari akar umbi, selain hak memajukan diri dijamin sepenuhnya.