PM Anwar Puji Hubungan Malaysia-China

2023-04-08 16:11:43  CRI
Share with:

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia sebuah negara yang sangat berdikari.

“Kami tentukan apa yang terbaik untuk negara kami,” kata beliau.

China merupakan jiran penting, rakan dagang utama dan pelabur besar bagi Malaysia.

Malaysia ingin mengekalkan hubungan baik dengan jiran, terutamanya ASEAN, pada masa sama menjalin ikatan dengan Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

“China mempunyai tempat yang istimewa kerana kita berdekatan dan hubungan antara kita terjalin sejak sekian lama,” ujar PM itu.

Dalam lipatan sejarah, tiada antagonisme atau pencerobohan asing yang tercatat.

Anwar mengambil berat terhadap China seperti yang dikatakan beliau sejurus selepas mengangkat sumpah sebagai PM.