'Ketua Setiausaha Kampung' yang Berbakti kepada Pembangunan Luar Bandar

2023-04-11 18:41:39  CRI
Share with:

Usaha membasmi kemiskinan di China mencapai kejayaan komprehensif pada 2021 dengan catatan 98.99 juta penduduk miskin di luar bandar berjaya keluar dari belenggu kemiskinan.

Dalam usaha memperkukuh hasil pembasmian kemiskinan dan mendorong pembangunan di kawasan luar bandar, golongan 'ketua setiausaha kampung' memainkan peranan yang penting.

Untuk rekod, 'ketua setiausaha kampung' ialah individu yang dihantar oleh Parti Komunis China (PKC), parti pemerintah China ke kampung yang miskin. Mereka berasal dari badan kerajaan pelbagai peringkat, perusahaan milik negara atau institut awam, bertanggungjawab untuk memimpin kumpulan kerja dan penduduk di kampung terbabit untuk meningkatkan taraf kesejahteraan penduduk tempatan.

Yin Linwei yang menyandang jawatan ketua setiausaha di kampung Yunhua, bandar Tengchong, provinsi Yunnan berjaya mendorong hasil pertanian dari kampung itu laris dijual menerusi platform e-dagang.

Beliau menghubungi firma terkenal supaya membeli teh yang dihasilkan oleh petani di kampung itu, selain berusaha memastikan hasil pertanian keluaran kampung itu dijual di kedai Lapangan Terbang Tengchong malah dijual ke seluruh negara.

Ini hanyalah satu contoh di kampung terpencil di Yunnan dan hakikatnya terdapat lebih 180 ribu ketua setiausaha kampung seperti Linwei.

Kesemua mereka membantu penduduk di kampung menyelesaikan pelbagai masalah, menjayakan pembinaan prasarana, meningkatkan jualan hasil pertanian.

Kisah seumpama itu berlaku di China setiap hari.