Aura Ramadan di Jalan Muslim Xi’an

2023-04-20 12:36:37  CRI
Share with:

Jalan Muslim atau Huimin Jie bukan sahaja menjadi destinasi pilihan utama untuk menikmati makanan halal di Xi’an, provinsi Shaanxi, malah ia juga merupakan petempatan umat Islam yang mendiami kota itu.

Semasa bulan Ramadan tahun ini, wartawan turut berpeluang menikmati sajian halal yang lazat sambil merasai suasana kehidupan penduduk Muslim di situ.

Bagi pengembara yang kali pertama melancong ke Xi'an, mereka pastinya tidak menyangka bahawa Jalan Muslim masih meriah dan sibuk meskipun sudah menjelang lewat malam.

Dari waktu matahari terbenam hingga awal pagi, jalan dan kedai kecil terang-benderang dengan cahaya lampu.

Masakan beraroma disajikan gerai makanan di kedua-dua tepi jalan menenangkan jiwa umat Islam dari generasi ke generasi.