Sama Menang dengan China - Presiden Costa Rica

2023-05-01 14:05:30  CRI
Share with:

Costa Rica merupakan antara negara Amerika Tengah yang pertama menjalinkan hubungan diplomatik dengan China pada abad baharu. Presiden Costa Rica, Rodrigo Chaves Robles menganggap ini keputusan tepat yang dibuat negaranya.

Ketika diwawancara Kumpulan Media China (CMG), Rodrigo Chaves Robles menyatakan bahawa Costa Rica menghormati prinsip Satu China dan hubungannya dengan China terus berkembang dan makin kukuh pada tahun-tahun kebelakangan ini. China yang pembangunannya amat pesat sudah menjadi salah satu daripada dua entiti ekonomi paling penting di dunia. Bagi Costa Rica, negara kecil itu cenderung menarik pelaburan terhadap pembinaan infrastruktur dan juga berminat pada pasaran yang makin meluas di China. Permintaan pasaran China terhadap produk protein makin meningkat, manakala Costa Rica banyak mengeluarkan daging, buah-buahan dan sayur-sayuran. Maka, Costa Rica dan China berpotensi mengecapi pencapaian yang sama menang.

Menurut Rodrigo Chaves Robles, 75% ekonomi global mempunyai kaitan dengan negaranya dalam bentuk perjanjian perdagangan bebas. Maka, beliau amat mengalu-alukan syarikat China bertapak di negaranya mengendalikan pengeluaran. Terdapat hubungan semula jadi antara kedua-dua entiti ekonomi yang amat berbeza ini, yang boleh saling melengkapi dan kondusif bagi pembangunan ekonomi masing-masing ke arah yang mantap. Bagi negara kecil seperti Costa Rica, China adalah pasaran yang sangat menarik.

Untuk rekod, China dan Costa Rica menjalinkan hubungan diplomatik pada tahun 2007 dan kedua-dua negara menandatangani Memorandum Persafahaman pembinaan bersama dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) pada September tahun 2018.