Kazakhstan Komited Bina Hubungan Persahabatan Berkekalan dengan China

2023-05-15 12:27:54  CRI
Share with:

Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev berkata baru-baru ini, China diberi tumpuan yang sangat besar dalam diplomasi negaranya.  Ketika melawat ke China pada September tahun 2019, beliau dan Presiden China, Xi Jinping bersepakat terus mendorong hubungan bilateral yang sama untung dan sama menang di samping mengeratkan pertukaran lawatan di kalangan rakyat.

Ketika diwawancara Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini, Tokayev menyatakan bahawa kedua-dua negara ini dikehendaki memupuk persahabatan yang berkekalan berdasarkan hubungan perkongsian strategik komprehensif.

Tokayev dalam wawancara itu menilai tinggi siri cadangan anjuran China termasuk inisiatif membina komuniti berkongsi nasib sesama insan, inisiatif keselamatan sejagat, inisiatif pembangunan sejagat dan inisiatif tamadun sejagat. Beliau menganggap bahawa dunia ini sepatutnya berada dalam suasana persahabatan dan kerjasama yang muhibah,  tanpa diskriminasi, sekatan dan penindasan.

Ujar beliau, Kazakhstan dan China sebagai negara Asia, perlu merancakkan pembangunan menurut tata hukum negara masing-masing. Jika segalanya dijadikan keBaratan, kami akan menemui jalan buntu. Selain itu, kami perlu mempelajari pengalaman yang baik daripada pelbagai negara namun urusan dalaman setiap negara tidak boleh dicampuri kuasa luar.

Tokayev meluahkan harapan besar terhadap Sidang Kemuncak China-Asia Tengah yang bakal diadakan di bandar Xi’an pada Khamis nanti, dan menganggap China boleh memainkan peranan yang makin penting di rantau Asia Tengah. Beliau percaya bahawa pemimpin negara Asia Tengah yang lain juga mempunyai pandangan yang mirip dengannya. Negaranya yang amat memanfaatkan kerjasama dengan China akan terus memperhalusi kerjasama itu.

“Jumlah perdagangan dua hala sudah mencatat USD31 bilion (RM140 bilion). China adalah rakan yang mempunyai kehandalan yang tinggi. Kedua-dua negara kami bersedia meneroka kerjasama dalam bidang yang sebanyak mungkin. Kami amat mengalu-alukan usahawan China melabur ke Kazakhstan,” tambah beliau.