Berbakti Demi Rakyat: Xi Jinping

2023-06-16 11:55:22  CRI
Share with:

"Kebimbangan rakyat tersemat dalam hati saya; harapan rakyat pasti akan saya usahakan.”

Sentiasa sibuk dan bekerja demi rakyat, itulah Presiden China Xi Jinping.

Ketika berkhidmat di kaunti Zhengding, provinsi Hebei, Xi berbasikal meninjau ke setiap pelosok kaunti itu untuk mendengar suara penduduk.

Ketika berkhidmat di Ningde, provinsi Fujian, Xi meninjau ke kawasan paling terpencil dan miskin untuk menyelami kehidupan rakyat.

Ketika Zhejiang dilanda taufan kuat, Xi yang tidak tidur sepanjang malam, telah membimbing perpindahan penduduk ke tempat lebih selamat.

Sejak Kongres Kebangsaan ke-18 Parti Komunis China (PKC), Xi lebih 100 kali mengadakan tinjauan ke peringkat akar umbi dan perjalanannya meliputi bandar dan kawasan luar bandar.

Segala perhatian dan kegusaran rakyat disifatkan sebagai perkara penting negara dalam hati beliau.

Dengan memenuhi aktiviti-aktiviti diplomatik dan lawatan ke luar negara, agenda Presiden China itu sentiasa padat mulai awal pagi sehingga ke tengah malam sehinggakan beliau kadang kala terlalu sibuk bagi mencari masa untuk makan.

“Kerja saya ialah berbakti demi rakyat. Walaupun kerja ini letih, tetapi hati saya senang”.

Seperti yang tertulis dalam buku “pandangan baharu tentang pembangunan” pada masa dahulu, setiap pegawai perlu “merebut setiap detik siang dan malam” dalam kerjanya, menggunakan waktu yang amat terhad untuk berbakti demi rakyat.