Festival Budaya Perantauan Alu Horqin 2023

2023-07-04 13:03:05  CRI
Share with:

Siri aktiviti Festival Budaya Perantauan Alu Horqin 2023 diadakan di Wilayah Autonomi Mongolia Dalam pada Isnin. Acara ini mempersembahkan adegan penghijrahan kaum nomad padang rumput di kawasan teras Sistem Nomad Padang Rumput Horqin yang merupakan warisan budaya pertanian yang penting di dunia, selain melaksanakan beberapa projek perlindungan warisan budaya tidak ketara setempat. Bagi pengunjung, mereka boleh menghayati adat nomad kuno setempat, dan mengenali konsep pembangunan yang berpaksikan keharmonian hidup antara manusia dengan alam semula jadi.