Memahami China Melalui Sektor Pengauditan

2023-07-07 12:14:52  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping pada Rabu lalu mengirim sepucuk surat balasnya kepada 37 siswa-siswi asing yang melanjutkan pengajian dalam kelas sarjana antarabangsa  jurusan pengauditan di Universiti Audit Nanjing untuk memberi galakan kepada mereka agar meningkatkan pertukaran dengan rakan sekerja di China, saling belajar, mengenali dan memahami China melalui peluang yang wujud dalam bidang pengauditan, dan memberi sumbangan bagi merapatkan persahabatan dan kerjasama antara negara. Surat itu turut membawa keceriaan terpancar di wajah siswa-siswi asing yang menduduki program tersebut.

Untuk rekod, program audit sarjana antarabangsa tajaan Universiti Audit Nanjing ditubuhkan pada 2016, dan telah melatih lebih 280 keanggotaan profesional untuk jabatan audit dari 76 negara yang terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), dengan lebih 200 orang daripadanya sudah tamat dengan lancar dan kembali ke negara masing-masing untuk bertugas dalam bidang pengauditan.

Para pelajar yang terlibat dalam program tersebut bukan sahaja telah menimba pengetahuan jurusan pengauditan di China, tetapi juga berpeluang menyaksikan operasi pantas dalam tadbir urus negara China yang berorientasikan pemodenan melalui kunjungan di peringkat akar umbi.

Dalam tempoh lima tahun sejak berakhirnya Kongres Kebangsaan Parti Komunis China Ke-19, lebih 440,000 buah jabatan telah menerima pengauditan di peringkat kebangsaan yang dilaporkan berhasil dalam menggalakkan penjimatan kos dan mengurangkan kerugian sebanyak lebih RMB2 trilion (RM1.29 trilion).

Semasa menuntut ilmu di China, siswa-siswi asing  bukan sahaja diberi peluang hafal sistem pengauditan China, tetapi juga kagum dengan iltizam PKC memerangi gejala rasuah.

Serentak itu, mereka juga dapat melihat perkembangan modeniasi ala China yang pesat melalui sektor audit.

Program audit sarjana antarabangsa untuk negara membangun tajaan Universiti Audit Nanjing merupakan salah satu hasil yang dibuahkan dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang sudah genap 10 tahun. Dalam tempoh sedekad lalu, China telah menandatangani lebih 200 dokumen dengan 151 buah negara dan 32 buah pertubuhan antarabangsa dan menjalankan pertukaran dengan negara terlibat dalam BRI melalui cara yang pelbagai. Merapatkan persefahaman di kalangan rakyat dilihat sebagai satu momentum konsisten bagi  pembinaan bersama dalam kerangka BRI ke arah yang berkuatili tinggi.

Para pelajar asing dalam surat kepada Presiden Xi sebelum ini pernah menyatakan bahawa mereka takkan melupakan pengalamannya di China dan akan menghargai silaturahim dengan China untuk selama-lamanya, serta berusaha memainkan peranan sebagai utusan mengeratkan persahabatan antara negaranya dengan China.

Misi dan visi China pada masa ini adalah mewujudkan keamanan berkekalan, menggalakkan pembangunan bersama dan menambah dialog antara tamadun yang berbeza.