Usaha Dilipatganda ke Arah Sistem Perindustrian Moden

2023-07-10 13:49:46  CRI
Share with:

Presiden Xi Jinping mahu melihat usaha dilipatganda untuk membangunkan sistem perindustrian moden yang berteraskan sektor pembuatan maju dan ekonomi sebenar.

Beliau menyifatkannya sebagai langkah ke arah mewujudkan pembangunan berkualiti ekonomi China.

Baru-baru ini, Xi melakukan tinjauan ke Jiangsu, sebuah wilayah di timur China, yang mempunyai kelebihan dari segi asas perindustrian yang kukuh, sumber pendidikan dan penyelidikan yang unggul, suasana perniagaan yang baik serta saiz pasaran yang besar.

Semasa berada di sana, beliau berkata hasil penyelidikan perlu diaplikasikan oleh pelbagai industri dan teknologi terpenting perlu terus dinaik taraf.

Xi turut memberi penekanan kepada peluasan keterbukaan, dengan menyarankan agar 'dwi kitaran' dirancakkan ketika mewujudkan sistem perindustrian moden.

Beliau juga mahu melihat tindakan inovatif diambil untuk menarik pelaburan asing, memantapkan keterbukaaan, melicinkan aktiviti perdagangan dan terus meneroka pasaran antarabangsa.