China Miliki Prospek Cerah Terhadap Pemulihan Harimau Liar

2023-07-26 14:06:37  CRI
Share with:

Tiga hari lagi, iaitu 29 Julai, merupakan Hari Harimau Sedunia, yang juga dikenali sebagai Hari Sayangi Harimau Dunia. 

Dalam seabad lalu, harimau liar semakin menghadapi kepupusan ekoran gangguan kegiatan manusia.

Namun begitu, kerajaan China sentiasa mementingkan perlindungan harimau liar sejak sekian lama.

Usaha tersebut boleh dilihat menerusi hasil yang dicapai apabila harimau Siberia yang  dulunya hampir pupus telah kembali ke tempat habitat di kawasan timur laut China.

Antara usaha yang dilakukan adalah termasuk membaiki persekitaran di tempat habitat dan langkah-langkah pemeliharaan haiwan tersebut seperti pembiakan buatan.

Kini, China merupakan antara negara yang berprospek cerah mengenai perlindungan harimau liar di dunia.