Cerita Prof. Evans Bertemu Presiden Xi

2023-07-31 15:31:55  CRI
Share with:

David G. Evans, seorang profesor berasal dari Britain yang bertugas di Universiti Teknologi Kimia Beijing (BUCT) sejak lebih 20 tahun lalu.

Sepanjang berada di China, beliau pernah bertemu dengan Presiden Xi Jinping sebanyak dua kali, dan salah satunya adalah pada majlis jamuan Tahun Baharu Cina (TBC).

Dalam majlis itu, Prof. Evans memakai tali leher yang mempunyai corak jadual berkala unsur kimia.

"Saya tahu kerjaya yang anda ceburi dan saya juga pernah belajar dalam jurusan kejuruteraan kimia," kata Xi kepada Prof. Evans.

Pertemuan kali kedua adalah semasa kedua-dua mereka menghadiri satu simposium saintis.

Ketika itu, Xi mendapati Prof. Evans tidak menggunakan alat penterjemah dan khuatir beliau tidak dapat faham ketika ahli panel bertutur.

"Presiden Xi mempunyai banyak perkara penting yang perlu difikirkan, tetapi beliau masih perasan saya tidak memakai alat penterjemah.

"Saya berasa sangat terharu apabila melihat beliau begitu teliti terhadap perincian sekecil itu," kata Prof. Evans.

Prof. Evans juga mendapati bahawa Xi merupakan seorang yang cekap dalam ilmu pengetahuan sains, serta prinsip dan sejarah sains.

Menurut beliau, adalah jarang ditemui seorang pemimpin mempunyai keupayaan sedemikian yang mampu menjelaskan lebih lanjut tentang logik dan prinsip ilmu sains.

"Ini cukup mengagumkan dan meninggalkan impresi yang mendalam kepada saya," kata beliau.