Xinjiang di Mata Duta Asing

2023-08-08 14:40:55  CRI
Share with:

Beberapa hari lalu, Duta Dominica ke China Martin Charles menamatkan lawatan sulungnya ke Xinjiang.

Dari 31 Julai hingga 4 Ogos, beliau bersama duta asing yang lain dari 24 negara menjejakkan kaki di Kashgar, Kuqa dan Urumqi.

Mereka berpeluang menghayati budaya dan adat resam serta melihat sendiri keadaan pembangunan sosioekonomi tempatan.

Duta Nicaragua ke China Michael Campbell berkata ekonomi Xinjiang berkembang pesat dan hak-hak rakyat dilindungi sepenuhnya.

Selain berkunjung ke tapak projek tali air dan pertanian, zon perdagangan bebas, lapangan terbang serta destinasi tarikan pelancong, beliau juga berbual-bual dengan masyarakat tempatan.

Di mata Duta Iran ke China Mohsen Bakhtiar, ladang kapas di Xinjiang dilengkapi sistem pengairan moden dan pengeluaran kapas semakin meningkat dengan menggunakan alat pemetik kapas.

Beliau menyatakan penduduk tempatan menjalani kehidupan yang lebih baik.

Para diplomat asing turut berkata keadaan wilayah itu berlainan sama sekali daripada dakwaan ‘buruh paksa’ yang digembar-gemburkan media Barat, kerana penggunaan jentera dan peralatan yang canggih sudah diperkenalkan dalam industri kapas.

Diplomat Kedutaan Guinea di China, Kaba Ibrahim Sinkoun berpandangan, media Barat memburuk-burukkan Xinjiang hanya untuk tujuan politik dengan niat mencemarkan imej China.

Angka juga boleh bercakap.

Ia begitu meyakinkan dan mencerminkan sejauh mana prestasi pembangunan sosioekonomi Xinjiang.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) wilayah itu bagi separuh pertama tahun ini meningkat sebanyak 5.1 peratus kepada paras 854.208 bilion yuan (RM542.05 bilion).

Dari Januari hingga Jun tahun ini, Xinjiang menerima kunjungan seramai 102 juta orang, naik 31.49 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, menyaksikan sektor pelancongan menjana pendapatan sebanyak 92.276 bilion yuan (RM58.56 bilion).