Cerita Mahasiswa Warga Cameroon Dalami China, Kagumi Presiden Xi

2023-08-28 13:48:39  CRI
Share with:

Joseph Olivier Mendo'o, mahasiswa dari Cameroon di Universiti Peking merupakan salah seorang daripada penuntut yang menulis dua pucuk surat kepada Presiden Xi Jinping.

Tidak lama selepas itu, surat-surat tersebut dibalas oleh Presiden China itu sendiri, dan ia turut memberi kesan mendalam kepada mahasiswa tersebut.

Memetik surat balas Xi, Mendo'o berkata bahagian yang menyentuhnya adalah apabila Setiausaha Agung Parti Komunis China (PKC) itu meminta pelajar memahami PKC terlebih dahulu sekiranya ingin memahami China.

"Terdapat pepatah China berbunyi, menyaksikan sesuatu dengan mata kepala diri adalah lebih baik berbanding mendengar tentangnya sahaja.

"Kamu sekalian (para mahasiswa) dialu-alukan menerokai serata China untuk mengetahui China yang sebenar secara mendalam,” ujar Xi dalam tulisannya.

Untuk rekod, Mendo'o telah menjelajah kaki ke banyak tempat di China termasuk kampung Shenshan, provinsi Jiangxi, iaitu kawasan yang pernah ditinjau Presiden Xi.

Di situ, mahasiswa itu melihat sendiri bagaimana jalan dapat dibina, sementara e-niaga berkembang sehingga kampung tersebut berjaya bebas daripada kemiskinan.

“Saya sangat menyukai pentadbiran Presiden Xi terutama dalam sektor pembasmian kemiskinan secara bersasar.

"Kenapa China dapat membasmikan kemiskinan, dan bagaimana pula Afrika mahu membasmi kemiskinan?

"Afrika masih menghadapi banyak masalah buat masa ini, dan saya datang China khusus untuk mempelajari tentang pembasmian kemiskinan di negara ini," ujar Mendo'o.