'Minggu Emas Plus' Memacu Ekonomi Pengguna China

2023-09-28 11:14:24  CRI
Share with:

Bermula 29 September hingga 6 Oktober, rakyat China akan menikmati cuti selama lapan hari. 

Pesta Kuih Bulan jatuh pada tanggao 29 September dan diikuti Hari Kebangsaan China pada 1 Oktober. Oleh itu, minggu emas selama tujuh hari sempena Hari Kebangsaan pada tahun-tahun terdahulu menjadi lapan hari, dan ia disebut sebagai 'minggu emas plus'.

Kini, pasaran pelancongan di negara ini memperlihatkan perkembangan pesat. 

Menurut statistik pihak berkuasa jabatan kereta api, lebih 22.87 juta tiket habis dijual pada hari pertama penjualan tiket untuk minggu emas ini dimulakan.

Dalam pada itu, banyak hotel menyaksikan peningkatan ketara dalam tempahan semasa cuti minggu emas ini, dengan peningkatan lima kali ganda di Beijing. 

Pada masa yang sama, tempahan pakej pelancongan ke luar negara turut merekodkan pemulihan yang kuat. 

Baik melancong ke tempat jauh, mahupun melancong di tempat tinggal sendiri, potensi penggunaan yang besar semasa cuti 'minggu emas plus' tahun ini pasti akan memacu pemulihan pasaran pengguna China.