CIIE Saksikan Peningaktan Jualan yang Menakjubkan

2023-11-11 15:25:53  CRI
Share with:

Dengan menyertai Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) selama enam tahun berturut-turut, jenama kosmetik dari Singapura, Ble de Fonty telah menyaksikan peningkatan besar jualan produk kapsul esen buatan syarikatnya mencatat 200,000 kotak setahun di pasaran China berbanding hanya 200 kotak pada mulanya.

Dari 200 hingga 200,000, angka seumpama merekodkan peningkatan jualan yang cukup menakjubkan.

Untuk rekod, nilai transaksi yang dijanjikan dalam CIIE edisi keenam mencapai USD78.41 bilion (RB368.1 bilion), menokok 6.7 peratus berbanding sesi sebelumnya dan membaharui rekod.

Sebanyak 3,486 syarikat dari 128 negara dan wilayah menyertai pameran perniagaan perusahaan, termasuk 289 syarikat tersenarai dalam Fortune Global 500 dan syarikat peneraju dalam sektor berkaitan. 

Terdapat 442 produk, teknologi dan perkhidmatan membuat debut sempena CIIE kali ini.

Acara pameran negara turut menyediakan platform penting kepada pelbagai negara untuk mengeratkan interaksi, memperkasakan kerjasama dan mencapai manfaat yang saling untung demi situasi menang-menang.

Perkara itu mendapat pujian pelbagai negara pempamer.

Buat masa ini, pemulihan ekonomi dunia masih lembap, permintaan perdagangan kekal lemah, dan pelbagai negara ingin mengcungkil momentum baharu untuk memacu pertumbuhan.

Pasaran penggunaan China yang berpotensi besar memberi peluang kepada perintis dan penerokaan teknologi dan produk baharu dari seluruh dunia, sekali gus menyediakan platform bagi manusia untuk bersinergi mengatasi kesultian pembangunan menerusi inovasi sains dan teknologi.

Untuk rekod, hampir 200 syarikat telah memeterai perjanjian untuk menyertai CIIE edisi ketujuh. 

Keyakinan antarabangsa terhadap pasaran China susulan usaha CIIE untuk memacu pertumbuhan ekonomi global, keikhlasan China untuk menyediakan peluang baharu kepada dunia dengan melaksanakan keterbukaan bertahap lebih tinggi, dan keazaman teguh China untuk mendorong pembinaan ekonomi dunia yang terbuka.