Venue Sukan Pasifik Dapat Pujian Ramai

2023-11-20 14:30:50  CRI
Share with:

Sukan Pasifik ke-17 dirasmikan di Honiara, ibu kota Kepulauan Solomon pada Ahad waktu tempatan. 

Selain Stadium Negara Kepulauan Solomon, iaitu tempat berlangsungnya upacara perasmian temasya sukan tersebut, kebanyakan venue pertandingan dan pusat perkhidmatan juga dibina oleh pihak China, antaranya termasuk pusat akuatik, pusat tenis, gelanggang hoki, pusat perkhidmatan makanan, dan dewan serba guna. 

Sebelum pertandingan dimulakan secara rasmi, pusat akuatik sudah pun dibuka kepada atlet untuk menjalani latihan. Venue-venue yang dibina oleh China itu mendapat pujian tinggi daripada para atlet.