TPM: Pengalaman China Patut Diketengahkan dan Dikongsikan

2023-11-22 15:59:30  CRI
Share with:


Pada 12 hingga 19 November, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof melawat Shanghai dan Beijing untuk memperdalam lagi kerjasama dalam pelbagai bidang terutamanya minyak sawit.

Wartawan CMG, Husna Liang berpeluang membuat temu bual dengan beliau di Beijing pada 18 November 2023.